Definisi : 1 bahagian yg keras pd tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dsb; bahagian hujung dan pangkal ruas tulang yg berbonggol. 2 ketul atau butir yg kecil-kecil, spt garam: Ahmad menghancurkan ~-~ tanah itu dgn cangkul. 3 penjodoh bilangan utk benda yg berbutir atau berketul: se~ garam; se~ tanah. ~ bahu sendi antara bahu dgn lengan. ~ benang kayu dll tempat benang dililitkan; gelendong. ~ jari tulang sendi pd jari. ~ kaki (lali) tulang yg berbonggol pd pergelangan kaki. ~ lima a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya. berbuku 1 ada bukunya: Buluh mana yg tidak ~? 2 berbongkah-bongkah kecil: Tepung ini sudah ~ kerana terlalu lama. membuku menjadi bongkah-bongkah kecil; menjadi berbuku. terbuku ki mengganggu perasaan dlm hati: Segala yg ~ dlm hatinya diceritakannya kpd kakaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : berhelai-helai kertas berjilid yg berisi tulisan utk dibaca atau berisi ruangan-ruangan kosong utk ditulisi; kitab: Di atas mejanya, tersusun ~ rujukan yg tebal-tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)