Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat-bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ntok-ntok[nt/.nt/]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada kelapa parut, ketumbar, jintan, ikan bilis atau udang kering yang ditumbuk halus. Adunan tersebut digaul dengan kuning telur sebelum dibentuk bulat-bulat dan dicelup putih telur lalu digoreng.   
begedel[b«.g«.del]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada kentang rebus yang dilecek, dibubuh kayu manis, bunga lawang, cengkih dan udang kering yang ditumbuk halus, daun saderi dan daun bawang digaul dengan kuning telur dibentuk bulat-bulat dan dicelup dalam putih telur dan   
bontak[bon.tA/]kata adjektifberkenaan orang yang bulat dan pendek.Orangnye bontak saje, tak macam kakaknye, langsing.[o.ÄAN.ø« bon.tA/ sA.dZ« tA/ mA.tSAm kA.kA/.ø« lAN.seN]Orangnya bulat pendek sahaja, tidak seperti kakaknya yang berbadan langsing.
tembose[t«m.bo.s«]kata namasejenis kuih seperti karipap yang berbentuk bulat dan berintikan daging, kentang, bawang besar yang dipotong dadu, dan daun saderi yang dihiris halus, kemudian ditumis dengan bawang-bawang dan rempah.   
opak[o.pA/]kata namasejenis makanan daripada parutan ubi kayu yang dibentukkan bulat, leper, nipis dan besar seperti saiz pinggan, dikeringkan dan digoreng.   
roti kirai[Äo.ti ki.ÄAj] sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung dan digoreng seperti rupa jala berbentuk bulat dan dimakan dengan kuah kari daging atau kari ayam atau kuah durian, roti jala.   
nasi ambang[nA.si Am.bAN] sejenis hidangan nasi yang boleh dimakan bersama oleh empat orang tanpa menggunakan pinggan makan dan dihidang di dalam dulang bulat yang besar dan lauknya diletakkan di tengah-tengah.   
pendaram[p«n.dA.ÄAm]kata namasejenis makanan daripada tepung gandum yang dicampur dengan udang pepai, hirisan bawang besar, daun kunyit, dan lada merah serta garam yang digaul bersama dan digoreng berbentuk bulat   
lontong I[lon.toN]kata nama1. sejenis makanan berkuah yang mengandungi nasi himpit atau lontong yang dimakan bersama lodeh dan kuah kacang. 2. yang direbus dalam kelongsong daun pisang dalam acuan berbentuk bulat panjang seakan-akan lemang.   

Kembali ke atas