Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bebento[b«.ben.to]kata kerjaberlegar (biasanya ditujukan kepada benda yang terbang ke sana dan ke sini seperti kapal terbang, burung dan seumpamanya).Kapal terebang tu entah berape kali bebento sebelum jatoh.[kA.pAl t«.Ä«.bAN tu «n.tAh b«.ÄA.p« kA.li b«.ben.to s«.b«.lum dZA.toh]Kapal terbang itu entah berapa kali berlegar sebelum jatuh.
sapan[sA.pAn]kata adjektifhabis.Dah sapan padi aku, burong makan.[dAh sA.pAn pA.di A.ku bu.ÄoN mA.kAn]Sudah habis padi aku dimakan burung.

Kembali ke atas