Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan petutu ikan pelata,
     Ikan puyu di sawah padi;
Kalau sudah bertutuk dia punya harta,
     Tolonglah timbang agar memuaskan hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(91)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bontel[bon.tel]kata namasejenis lauk daripada ikan kering (ikan kembung), kelapa parut yang digaul dengan rempah, telur dan ulam, dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.   
bebotok[b«.bo.to/]kata namasejenis lauk daripada ikan yang dibubuh rempah, kerisik, daun kunyit yang dimayang halus dan dibungkus dengan beberapa jenis pucuk daun seperti pucuk ubi, pucuk kaduk dan lain-lain. Ikan yang disalut rempah dan pucuk-pucuk itu dibungkus dengan rapi dengan   
gonjol[gon.dZol]kata adjektifgila-gila.Suruh budak gonjol beli ikan, tak masak kite ari ni.[su.Äoh bu.dA/ gon.dZol b«.li i.kAn tA/ mA.sA/ ki.t« A.Äi ni]Suruh budak yang berperangai gila-gila membeli ikan, tidak masaklah kita hari ini.
kejong[k«.dZoN]kata adjektifberkenaan benda, binatang atau manusia yang keras atau kejang disebabkan sesuatu proses atau tindak balas.Ikan tu kejong kene ae batu.[i.kAn tu k«.dZoN k«.n« Ae bA.tu]Ikan itu keras kena air batu.
poren[po.Äen]kata namaikan terubuk yang besar.   
pecal[p«.tSAl]kata namasejenis lauk daripada ikan bakar yang diracik-racik dan dicampur dengan santan kelapa, cili padi yang ditumbuk, daun cekur yang dimayang atau ubi cekur yang ditumbuk. Kesemuanya bahan ini digaul dan tidak perlu dimasak semula.   
singgang serani[siN.gAN s«.ÄA.ni] sejenis masakan ikan, kuahnya daripada bawang, halia, kunyit hidup, dan sedikit belacan yang kesemuanya ditumbuk halus dan ditumis, dibubuh air asam jawa dan serai titik dan boleh juga dibubuh dua tiga biji lada hitam.   
singgang belacan[siN.gAN b«.lA.tSAn] sejenis masakan ikan yang direbus dengan campuran air asam jawa cair, sedikit belacan, bawang, halia, serai titik dan lada hijau.   
melepu[m«.l«.pu]kata kerjaduduk diam sahaja seperti kelakuan ikan lepu.Musim ujan ni, dok melepu aje kat rumah, tak noreh.[mu.sim u.dZAn ni do/ m«.l«.pu A.dZ« kAt Äu.mAh tA/ no.Äeh]Musim hujan ini, duduk sahajalah di rumah tidak boleh pergi menoreh.
ntok-ntok[nt/.nt/]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada kelapa parut, ketumbar, jintan, ikan bilis atau udang kering yang ditumbuk halus. Adunan tersebut digaul dengan kuning telur sebelum dibentuk bulat-bulat dan dicelup putih telur lalu digoreng.   
12

Kembali ke atas