Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; sececah 1. sekejap, sebentar: setelah bertutur-tutur ~, Rijnhaard mohon diri akan pulang; 2. sedikit, secolek: bukan hendak banyak, hanya ~ sahaja; bercecah sedikit-sedikit, berdikit-dikit; mencecah kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit; mencecahkan mengenakan (menyentuhkan, mencelupkan) sedikit sesuatu pd: tangannya mematahkan goreng pisang dan ~nya ke piring gula; tercecah terkena (tercelup) sedikit, kena sedikit pd: apabila ~ saja kopi panas itu di lidahnya, dirasanya menjadi bertambah panas hingga air matanya kelihatan tergenang-genang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecah I


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pirik[pi.Äi/]kata kerjamemecahkan dengan jari, lenyek.Pirik lade kecik kat kicap ni, biyo sedap kite nak cecah dengan tau goreng.[pi.Äi/ lA.d« k«.tSi/ kAt ki.tSAp ni bi.jo s«.dAp ki.t« nA/ Lenyek dengan jari cili api dalam kicap supaya sedap apabila kita cecah dengan tauhu goreng.

Kembali ke atas