Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kur] | چکور

Definisi : sj tumbuhan (umbinya dibuat ubat), Kaempferia galanga; ~ manis sj tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans; ~ jerangau berbau lagi = ~ jerangau belum habis lagi prb masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar; memanjat pokok ~ boleh mati jatuh prb menerima kesusahan (hukuman) yg berat drpd kesalahan yg sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kur] | چکور

Definisi : nama sj herba yg umbinya boleh dibuat ubat, Kaempferia galanga. ~ manis nama sj pokok renek yg daunnya boleh dibuat sayur, asin-asin, Sauropus albicans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekur

Puisi
 

Cekur manis separuh hidup,
     Masaklah kari berganti-ganti;
Jangan ditangis cerai hidup,
     Lepas seorang berdua ganti.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pecal[p«.tSAl]kata namasejenis lauk daripada ikan bakar yang diracik-racik dan dicampur dengan santan kelapa, cili padi yang ditumbuk, daun cekur yang dimayang atau ubi cekur yang ditumbuk. Kesemuanya bahan ini digaul dan tidak perlu dimasak semula.   

Kembali ke atas