Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mas] | چمس

Definisi : 1. = ~ hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang): dia ~ menanti kelahiran anak sulungnya; 2. = cemas-cemas hampir­hampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris: masa terlanggar itu, ~ dia tersungkur; bercemas menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang); mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakutkan, membim­bangkan, merisaukan: sikapnya yg kasar itu ~ aku; tercemas gelisah, bimbang, khuatir; kecemasan 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; pencemas 1. lekas berasa cemas; 2. orang yg lekas berasa cemas, penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mas] | چمس

Definisi : 1 = ~ hati berasa gelisah (bimbang, takut); ragu-ragu: Banyak murid yg ~ ketika menunggu keputusan peperiksaan. 2 = cemas-cemas hampir-hampir berlakunya sesuatu; nyaris-nyaris: Ketika melintasi jalan raya itu tadi, beliau ~ dilanggar kereta. mencemaskan menim­bulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. kecemasan 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. pencemas orang yg lekas cemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemas


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jawat[dZA.wAt]kata adjektifcemas kerana berlaku sesuatu yang boleh mengancam nyawa atau keselamatan.Bile kapal kene gelombang, penumpang mule jawat.[bi.l« kA.pAl k«.n« g«.lom.bAN p«.num.pAN mu.l« dZA.wAt]Apabila kapal dipukul gelombang, penumpang mula berasa cemas.
sayut sengete[sA.jot s«.N«.t«] rasa cemas kerana berlaku sesuatu yang di luar jangkaan.Asyem sayot sengete bile keretenye langga anak kuceng.[A.Sem sA.jot s«.N«.t« bi.l« k«.Äe.t«.ø« lAN.gA A.nA/ ku.tSeN]Hashim cemas apabila kereta yang dipandunya terlanggar anak kucing.

Kembali ke atas