Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pat] | داڤت

Definisi : 1 boleh (berupaya) melakukan sesuatu; sanggup: Saya ~ menyudahkan kerja itu. 2 bp beroleh; menerima; kena: Saya ~ RM10,000/- kerana memenangi peraduan itu. 3 bp bertemu dgn apa-apa yg dicari; bersua: Penat ia mencari duitnya yg hilang itu tetapi tidak juga ~. 4 bp berjaya (bkn apa-apa yg diusahakan atau yg dicita-citakan); tercapai; berhasil: Akhirnya ~ juga apa yg dicita-citakannya. ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. mendapat 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. mendapati 1 menjumpai; menemui: Dia ~ emaknya sedang tidur. 2 mendapat maklumat; mengetahui: Doktor ~ banyak penduduk di situ yg menghidap penyakit malaria. 3 memperoleh; menemukan. mendapatkan 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. terdapat didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. pendapatan hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. berpendapatan beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. pendapat fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. sedapat sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meme[m«.m«]kata adjektifmewah.Sejak dapat keje tu, rezeki meme siket.[s«.dZA/ dA.pAt k«.dZ« tu Ä«.z«.ki m«.m« si.ket]Semenjak dapat kerja itu, rezeki pun agak mewah sedikit.
gamal[gA.mAl]kata namasapu tangan (Pulau Aur, Mersing).Cantek gamal aji, mane dapat?[tSAn.te/ gA.mAl A.dZi mA.n« dA.pAt]Cantik sapu tangan kamu, mana dapat?
jajan[dZA.dZAn]kata namamakanan ringan yang digemari oleh kanak-kanak.Dapat duet raye jangan abes buat beli jajan aje,simpan-simpan siket.[dA.pAt du.wet ÄA.j« dZA.NAn A.bes bu.wAt b«.li dZA.dZAn Kalau dapat duit raya, janganlah dihabiskan untuk membeli makanan ringan sahaja, simpan-simpanlah sedikit.
jihem[dZi.hem]kata adjektifbanyak atau berlambak (Pulau Aur, Mersing).Ari ni ae tenang, jihem man dapat ekan.[A.Äi ni Ae t«.nAN dZi.hem mAn dA.pAt e.kAn]Hari ini air laut tenang, banyak saya dapat ikan.
ngerosek[N«.Äo.se/]kata kerjabergerak secara berterusan.Punye banyaknye nyamok, puas kite ngerosek baru dapat tido.[pu.ø« bA.øA/.ø« øA.mo/ pu.wAs ki.t« N«.Äo.se/ bA.Äu dA.pAt Banyak sangat nyamuk, puas kita bergerak berterusan barulah dapat tidur.
majal[mA.dZAl]kata adjektifmalang.Majal bena budak ni, puwas temu duge sane sini, pon tak dapat keje.[mA.dZAl b«.nA bu.dA/ ni pu.wAs t«.mu du.g« sA.n« si.ni pon Malang benar budak ini, puas menghadiri temu duga di sana sini, masih tidak dapat kerja.
tonjet[ton.dZet]kata kerjamengangkat kedua-dua tumit kaki (seseorang) untuk mencapai sesuatu yang terletak pada paras yang agak tinggi.Tonjet tinggi siket, baru dapat ambek.[ton.dZet tiN.gi si.ket bA.Äu dA.pAt Am.be/]Angkat tumit tinggi sedikit, barulah dapat dicapai barang itu.
ngelalo[N«.lA.lo]kata kerjamenggelungsur dan tidak dapat dikawal lagi kerana terlalu licin.Licen bena jalan buat dek ujan, ngelalo taya moto.[li.tSen b«.nA dZA.lAn bu.wAt de/ u.dZAn N«.lA.lo tA.jA mo.to]Licin benar jalan disebabkan hujan, menggelungsur tayar motosikal dibuatnya.
melanos[m«.lA.nos]kata kerjamenangis seolah-olah petanda dapat adik (biasanya kanak-kanak kecil yang kononnya hendakkan adik).Anak engkau ni nangis, melanos agaknye.[A.nA/ «N.kAw ni nA.Nes m«.lA.nos A.gA/.ø«]Anak engkau ini menangis sahaja, agaknya menangis nak beradik.
nyapas[øA.pAs]kata adjektifnyaris-nyaris.Aku ni nyapas dapat hadiah rumah tu.[A.ku ni øA.pAs dA.pAt hA.di.jAh Äu.mAh tu]Nyaris-nyaris aku ini mendapat hadiah rumah itu.
12

Kembali ke atas