| bebotok | [b«.bo.to/] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan yang dibubuh rempah, kerisik, daun kunyit yang dimayang halus dan dibungkus dengan beberapa jenis pucuk daun seperti pucuk ubi, pucuk kaduk dan lain-lain. Ikan yang disalut rempah dan pucuk-pucuk itu dibungkus dengan rapi dengan | | | |
| burasak | [bu.ÄA.sA/] | kata nama | sejenis makanan daripada beras yang dibungkus dengan daun pisang muda sebaik-baiknya dengan daun pisang nipah. Selepas dibungkus, makanan ini disusun bertindih-tindih, direbus dengan santan selama lima atau enam jam. Makanan ini istimewa untuk orang ketur | | | |
| bontel | [bon.tel] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan kering (ikan kembung), kelapa parut yang digaul dengan rempah, telur dan ulam, dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. | | | |
| bongkoh | [boN.koh] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung gandum, pisang, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul dengan air. Bahan tersebut dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus tapai dan dikukus sehingga masak. | | | |
| kelemet | [k«.l«.met] | kata nama | sejenis lepat dibuat daripada ubi yang diparut atau pisang masak yang dilecek yang digaul dengan gula merah atau gula pasir dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus; belebat. | | | |
| belebat | [b«.l«.bAt] | kata nama | sejenis lepat dibuat daripada ubi yang diparut atau pisang masak yang dilecek yang digaul dengan gula merah atau gula pasir dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus; kelemet. | | | |
| mangkong | [mAN.koN | kata nama | sejenis tukul daripada kayu. | Ayah tampal perahu boco dengan mangkong. | [A.jAh tAm.pAl p«.ÄA.hu bo.tSo d«.NAn mAN.koN] | Ayah menampal perahunya yang bocor dengan menggunakan mangkung. |
| langkong | [lAN.koN] | kata nama | rumah salai (kelapa). | Langkong atok Amen dekat dengan kebon die. | [lAN.koN A.to/ A.men d«.kAt d«.NAn k«.bon di.j«] | Tempat salai kelapa atok Amin berhampiran dengan kebunnya. |
| lodeh | [lo.deh] | kata nama | sejenis masakan daripada sayuran seperti kacang panjang, terung dan lain-lain yang dicampur dengan tempe, tauhu, pucuk tauhu dan suun yang dimasak bersama santan dan sedikit perencah dan dimakan dengan nasi himpit atau ketupat. | | | |
| jeranan | [dZ«.ÄA.nAn] | kata nama | makanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jenganan. | | | |