bagi dilayat | [bA.gi di.lA.jAt] | | rasa pedih di bahagian hulu hati. | Banyak makan nangke pedeh ati bagi dilayat. | [bA.øA/ mA.kAn nAN.k« p«.deh A.ti bA.gi di.lA.jAt] | Banyak sangat makan nangka, terasa pedih di bahagian hulu hati. |
amben | [Am.ben] | kata nama | sejenis lantai tinggi yang berkaki, lazimnya terdapat di bahagian belakang rumah atau dapur yang boleh dijadikan tempat duduk, tempat tidur dan lain-lain. Barang-barang juga boleh diletakkan di bahagian bawah atau atas amben. | Mari dok atas amben ni jangan dok kat lantai. | [mA.Äi do/ A.tAs Am.ben ni dZA.NAn do/ kAt lAn.tAj] | Marilah duduk di atas amben ini jangan duduk di lantai. |
rambai jadi | [ÄAm.bAj dZA.di] | | koyak di bahagian kaki seluar. | Seluo dah rambai jadi ni, tak patot kau pakai ke bando. | [s«.lu.w dAh ÄAm.bAj dZA.di ni tA/ pA.tot kAw pA.kAj k« | Kaki seluar engkau sudah koyak, tidak wajar engkau pakai untuk pergi ke bandar. |
siyo | [si.jo] | kata nama | tempat duduk tukang perahu. | Hati-hati duduk kat siyo tu, nanti tepelanteng. | [hA.ti.hA.ti du.du/ kAt si.jo tu nAn.ti t«.p«.lAn.teN] | Berhati-hatilah semasa duduk di bahagian tempat duduk tukang perahu itu, nanti terpelanting. |
tibok | [ti.bo/] | kata kerja | memukul dengan tangan ke bahagian badan sahaja (Pulau Aur, Mersing). | Abu kenak tibok semalam, abes lebam badan. | [A.bu k«.nA/ ti.bo/ s«.mA.lAm A.bes l«.bAm bA.dAn] | Abu kena pukul di bahagian badan semalam sehingga lebam-lebam. |
soyok | [so.jo/] | kata nama | bahagian di pinggir rumah yang beratap dan berbentuk pisang sesikat tetapi tidak berdinding. | Mak sebok masak di soyok. | [mA/ se.bo/ mA.sA/ di.so.jo/] | Emak sedang sibuk memasak di soyok. |
tesesel | [t«.se.sel] | kata kerja | terserlah bahagian dalam kerana kulit yang menutupnya terkupas. | Batang pokok tu tesesel langga dik lori. | [bA.tAN po.ko/ tu t«.se.sel lAN.gA di/ lo.Äi] | Bahagian dalam batang pokok itu terserlah keluar dilanggar lori. |