rangin [ | [ÄA.Nin] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul bersama dan dibakar. | | | |
kue kepal | [ku.we k«.pAl] | | sejenis kuih dibuat daripada pulut yang dikisar kasar, dimasak bersama santan dan gula merah dan digunakan untuk bunga pahar. | | | |
koye | [ko.j«] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng tanpa minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum diterap dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; kue terap. | | | |
kelemet | [k«.l«.met] | kata nama | sejenis lepat dibuat daripada ubi yang diparut atau pisang masak yang dilecek yang digaul dengan gula merah atau gula pasir dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus; belebat. | | | |
getok | [g«.to/] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada ubi atau keladi atau pisang yang direbus dan kemudian ditumbuk, dicampur kelapa parut dan sedikit gula. Campuran tersebut dimasukkan dalam acuan, diratakan dan dibiarkan sejuk. | | | |
dangai | [dA.NAj] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada sagu biji, kelapa parut, gula melaka dan dikukus. | | | |
bronok | [bÄo.no/] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada biji sagu dicampur dengan air, gula pasir atau gula merah atau gula melaka dan dikacau dalam kuali. Setelah pekat dimasukkan ke dalam loyang dan apabila sejuk dipotong-potong dan digaul dengan kelapa parut. | | | |
bingke | [biN.k«] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada parutan ubi kayu yang dibuang airnya (bingka ubi) atau pun pisang yang dilenyek (bingka pisang), diadun dengan gula dan santan dan dibakar di dalam bekas. | | | |
belebat | [b«.l«.bAt] | kata nama | sejenis lepat dibuat daripada ubi yang diparut atau pisang masak yang dilecek yang digaul dengan gula merah atau gula pasir dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus; kelemet. | | | |
tepong torak | [t«.poN to.ÄA/] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berisi gula merah yang dibungkus dengan daun pisang berbentuk kun dan dikukus. | | | |