Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibungkus

Puisi
 

Mari dibungkus dengan kertas,
     Dibawa orang dari Palembang;
Dalam telur sudah menetas,
     Tidaklah lagi menjadi bimbang.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Hati bak serangkak dibungkus.

Bermaksud :

Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
burasak[bu.ÄA.sA/]kata namasejenis makanan daripada beras yang dibungkus dengan daun pisang muda sebaik-baiknya dengan daun pisang nipah. Selepas dibungkus, makanan ini disusun bertindih-tindih, direbus dengan santan selama lima atau enam jam. Makanan ini istimewa untuk orang ketur   
bebotok[b«.bo.to/]kata namasejenis lauk daripada ikan yang dibubuh rempah, kerisik, daun kunyit yang dimayang halus dan dibungkus dengan beberapa jenis pucuk daun seperti pucuk ubi, pucuk kaduk dan lain-lain. Ikan yang disalut rempah dan pucuk-pucuk itu dibungkus dengan rapi dengan   
tepong torak[t«.poN to.ÄA/] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berisi gula merah yang dibungkus dengan daun pisang berbentuk kun dan dikukus.   
nagasari[nA.gA.sA.Äi]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan santan yang dimasak bersama dan dibungkus dengan daun pisang, seperti lepat setelah dibubuh pisang di dalamnya dan dikukus.   
bontel[bon.tel]kata namasejenis lauk daripada ikan kering (ikan kembung), kelapa parut yang digaul dengan rempah, telur dan ulam, dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.   
bongkoh[boN.koh]kata namasejenis kuih daripada tepung gandum, pisang, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul dengan air. Bahan tersebut dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus tapai dan dikukus sehingga masak.   
jongkong[dZoN.koN]kata namasejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak dengan santan, diletakkan sedikit pada daun pisang dan dibubuh sedikit gula melaka, dibungkus dan disemat lidi dan akhirnya dikukus.   
kelemet[k«.l«.met]kata namasejenis lepat dibuat daripada ubi yang diparut atau pisang masak yang dilecek yang digaul dengan gula merah atau gula pasir dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus; belebat.   
belebat[b«.l«.bAt]kata namasejenis lepat dibuat daripada ubi yang diparut atau pisang masak yang dilecek yang digaul dengan gula merah atau gula pasir dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus; kelemet.   

Kembali ke atas