roti kirai | [Äo.ti ki.ÄAj] | | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung dan digoreng seperti rupa jala berbentuk bulat dan dimakan dengan kuah kari daging atau kari ayam atau kuah durian, roti jala. | | | |
koye | [ko.j«] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng tanpa minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum diterap dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; kue terap. | | | |
keromos | [k«.Äo.mos] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung gandum, gula dan bahan penaik yang digoreng hingga kembang. | | | |
kue terap | [ku.we t«.ÄAp] | | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum dicetak dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; koye. | | | |
sambal goreng | [sAm.bAl go.ÄeN] | | sejenis makanan daripada tempe, tahu dan kacang panjang yang dipotong serong dan digoreng. Bawang, cili, halia dan sedikit bahan seperti hati ayam atau udang ditumis dan dimasukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Bahan gorengan tadi dimasakkan bers | | | |
kayu keramat | [kA.ju k«.ÄA.mAt] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, air dan yis (sama seperti donat) dan digoreng. Bentuk kuih ini panjang kira-kira sejengkal; batang keramat. | | | |
batang keramat | [bA.tAN k«.ÄA.mAt] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, air dan yis (sama seperti donat) dan digoreng. Bentuk kuih ini panjang hingga sejengkal; kayu keramat. | | | |
opak | [o.pA/] | kata nama | sejenis makanan daripada parutan ubi kayu yang dibentukkan bulat, leper, nipis dan besar seperti saiz pinggan, dikeringkan dan digoreng. | | | |
kue kapet | [ku.we kA.pet] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan, sedikit gula yang dikacau rata. Adunan tersebut dikapit lalu digoreng atau dibakar; opak belanda. | | | |
opak belanda | [o.pA/ b«.lAn.d«] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan, sedikit gula dan dikacau rata. Adunan tersebut dikapit lalu digoreng atau dibakar; kue kapet. | | | |