tepong gomak | [t«.poN go.mA/] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berintikan kelapa yang direbus atau dikukus dan setelah direbus atau dikukus digolekkan pada tepung kacang hijau. | | | |
puteri salat | [pu.t«.Äi sA.lAt] | | sejenis kuih daripada pulut yang dikukus bersama santan dan dilapis di atasnya dengan sejenis seri kaya, khususnya seri kaya pandan berwarna hijau, seri muka. | | | |
dangai | [dA.NAj] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada sagu biji, kelapa parut, gula melaka dan dikukus. | | | |
tepong kusoi | [t«.poN ku.soj] | | sejenis kuih daripada tepung gandum, gula melaka, santan dan setitik kapur sirih yang diadun bersama dan dikukus dengan loyang. Setelah masak, kuih ini dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, kuih kaswi. | | | |
tepong torak | [t«.poN to.ÄA/] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berisi gula merah yang dibungkus dengan daun pisang berbentuk kun dan dikukus. | | | |
bontel | [bon.tel] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan kering (ikan kembung), kelapa parut yang digaul dengan rempah, telur dan ulam, dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. | | | |
seri kaye | [s«.Äi kA.j«] | | sejenis kuih daripada telur, santan, gula pasir atau gula melaka dan daun pandan (boleh dicampur buah nangka yang didadu dan lain-lain) yang dikukus dan dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan lain-lain. | | | |
jongkong | [dZoN.koN] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak dengan santan, diletakkan sedikit pada daun pisang dan dibubuh sedikit gula melaka, dibungkus dan disemat lidi dan akhirnya dikukus. | | | |
bongkoh | [boN.koh] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung gandum, pisang, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul dengan air. Bahan tersebut dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus tapai dan dikukus sehingga masak. | | | |
nagasari | [nA.gA.sA.Äi] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan santan yang dimasak bersama dan dibungkus dengan daun pisang, seperti lepat setelah dibubuh pisang di dalamnya dan dikukus. | | | |