jongkong | [dZoN.koN] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak dengan santan, diletakkan sedikit pada daun pisang dan dibubuh sedikit gula melaka, dibungkus dan disemat lidi dan akhirnya dikukus. | | | |
nasi ambang | [nA.si Am.bAN] | | sejenis hidangan nasi yang boleh dimakan bersama oleh empat orang tanpa menggunakan pinggan makan dan dihidang di dalam dulang bulat yang besar dan lauknya diletakkan di tengah-tengah. | | | |
amben | [Am.ben] | kata nama | sejenis lantai tinggi yang berkaki, lazimnya terdapat di bahagian belakang rumah atau dapur yang boleh dijadikan tempat duduk, tempat tidur dan lain-lain. Barang-barang juga boleh diletakkan di bahagian bawah atau atas amben. | Mari dok atas amben ni jangan dok kat lantai. | [mA.Äi do/ A.tAs Am.ben ni dZA.NAn do/ kAt lAn.tAj] | Marilah duduk di atas amben ini jangan duduk di lantai. |