beriani gam | [b«.Äi.jA.ni gAm] | | nasi beriani yang dimasak berlapis-lapis bersama daging yang telah digaul dengan rempah beriani. Nasi ini dimasak dengan periuk yang ditutup rapat dan digam kelilingnya dengan tepung yang telah diuli bersama air. Nasi ini dimasak dengan api yang amat sede | | | |
nasi uduk | [nA.si u.du/] | | sejenis nasi yang dimasak bersama kuah lauk ayam. Rempah ditumis hingga kering sebelum dimasukkan santan dan ayam. Ayam yang sudah masak dikeluarkan dan dimasukkan beras dan dimasak sebelum dimasukkan semula ayam tadi. | | | |
jongkong | [dZoN.koN] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak dengan santan, diletakkan sedikit pada daun pisang dan dibubuh sedikit gula melaka, dibungkus dan disemat lidi dan akhirnya dikukus. | | | |
buah molong | [mo.loN] | | sejenis pengat daripada tepung gandum berbentuk bebola yang dimasak dengan gula. | | | |
bubo som-som | [bu.bo som som] | | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak bersama santan, sedikit garam dan beberapa helai daun pandan dan sebiji dua bunga cengkeh untuk perasa. Setelah pekat dituang dalam bekas atau acuan dan disejukkan untuk dimakan dengan air gula melaka atau g | | | |
kue kepal | [ku.we k«.pAl] | | sejenis kuih dibuat daripada pulut yang dikisar kasar, dimasak bersama santan dan gula merah dan digunakan untuk bunga pahar. | | | |
bentat | [b«n.tAt] | kata adjektif | berkenaan kuih yang kurang naik kerana salah adunan atau lambat dimasak dan lain-lain. | Kek pisang tu bentat, terlebeh tepong. | [ke/ pi.sAN tu b«n.tAt t«.l«.beh t«.poN] | Kek pisang itu tidak cukup naik kerana terlebih tepung. |
pelas | [p«.lAs] | kata nama | sejenis lauk daripada kelapa muda yang diparut dan dicampur dengan rempah, kemudian dimasak bersama ikan atau udang sehingga mendidih. | | | |
nagasari | [nA.gA.sA.Äi] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan santan yang dimasak bersama dan dibungkus dengan daun pisang, seperti lepat setelah dibubuh pisang di dalamnya dan dikukus. | | | |
kue kacau | [ku.we kA.tSAw] | | sejenis kuih daripada keledek atau labu yang direbus, dilecek, dicampur gula, santan, daun pandan dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat dan kental. | | | |