nasi uduk | [nA.si u.du/] | | sejenis nasi yang dimasak bersama kuah lauk ayam. Rempah ditumis hingga kering sebelum dimasukkan santan dan ayam. Ayam yang sudah masak dikeluarkan dan dimasukkan beras dan dimasak sebelum dimasukkan semula ayam tadi. | | | |
getok | [g«.to/] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada ubi atau keladi atau pisang yang direbus dan kemudian ditumbuk, dicampur kelapa parut dan sedikit gula. Campuran tersebut dimasukkan dalam acuan, diratakan dan dibiarkan sejuk. | | | |
bronok | [bÄo.no/] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada biji sagu dicampur dengan air, gula pasir atau gula merah atau gula melaka dan dikacau dalam kuali. Setelah pekat dimasukkan ke dalam loyang dan apabila sejuk dipotong-potong dan digaul dengan kelapa parut. | | | |
sambal goreng | [sAm.bAl go.ÄeN] | | sejenis makanan daripada tempe, tahu dan kacang panjang yang dipotong serong dan digoreng. Bawang, cili, halia dan sedikit bahan seperti hati ayam atau udang ditumis dan dimasukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Bahan gorengan tadi dimasakkan bers | | | |