Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.du/.du.du/] | دودوق٢

Definisi : berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.du/.du.du/] | دودوق٢

Definisi : (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk-duduk

Puisi
 

Duduk-duduk atas jambatan,
     Budak-budak membelah rotan;
Baik dibuang segala muatan,
     Datang barat campur selatan.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Duduk sehamparan,
     tegak sepematang.

Bermaksud :

Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.

 

Lihat selanjutnya...(44)

346

Give a man an inch and he'lll take a mile

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meloho[m«.lo.ho]kata kerjaduduk-duduk bersantai.Marilah kita meloho-loho atas lantai, besembang.[mA.Äi.lAh ki.t« m«.lo.ho.lo.ho A.tAs lAn.tAjMarilah kita duduk-duduk di atas lantai sambil bersembang.
siyo[si.jo]kata namatempat duduk tukang perahu.Hati-hati duduk kat siyo tu, nanti tepelanteng.[hA.ti.hA.ti du.du/ kAt si.jo tu nAn.ti t«.p«.lAn.teN]Berhati-hatilah semasa duduk di bahagian tempat duduk tukang perahu itu, nanti terpelanting.
tejelepot[t«.dZ«.le.pot]kata adjektifgaya duduk bertimpuh.Ape buat tu, dudok tejelepot aje?[A.p« bu.wAt tu du.do/ t«.dZ«.le.pot A.dZ«]Buat apa itu, duduk bertimpuh saja?
melepu[m«.l«.pu]kata kerjaduduk diam sahaja seperti kelakuan ikan lepu.Musim ujan ni, dok melepu aje kat rumah, tak noreh.[mu.sim u.dZAn ni do/ m«.l«.pu A.dZ« kAt Äu.mAh tA/ no.Äeh]Musim hujan ini, duduk sahajalah di rumah tidak boleh pergi menoreh.
kangkang kiyap II[kAN.kAN ki.jAp] cara duduk yang tidak sopan (khusus perempuan).Tak elok anak dare dudok kangkang kiyap atas tangge.[tA/ e.lo/ A.nA/ dA.Ä« du.do/ kAN.kAN ki.jAp A.tAs tAŋ.g«]Tidak elok anak dara duduk kurang sopan di atas tangga.
menggelenyo[m«N.g«.l«.ø]kata adjektifberkenaan seseorang yang tidak tahu duduk diam.Kalau adek menggelenyo mak cubet pehenye.[kA.lAw A.de/ m«N.g«.l«.ø mA/ tSu.bet p«.h«.ø«]Kalau adik tidak tahu duduk diam, emak cubit pehanya.
melenjan[m«l«n.dZAn]kata kerjamerayau keluar rumah dan tidak tahu duduk diam.Asyek melenjan aje, tak tau dok kat rumah.[A.Se/ m«.l«n.dZAn A.dZ« tA/ tAu do/ kAt Äu.mAh]Asyek merayau sahaja tidak tahu duduk diam di rumah.
amben[Am.ben]kata namasejenis lantai tinggi yang berkaki, lazimnya terdapat di bahagian belakang rumah atau dapur yang boleh dijadikan tempat duduk, tempat tidur dan lain-lain. Barang-barang juga boleh diletakkan di bahagian bawah atau atas amben.Mari dok atas amben ni jangan dok kat lantai.[mA.Äi do/ A.tAs Am.ben ni dZA.NAn do/ kAt lAn.tAj]Marilah duduk di atas amben ini jangan duduk di lantai.
betatang[b«.tA.tAN]kata kerjaberdiri secara berderet-deret beramai-ramai dan tidak mahu duduk.Orang tue-tue dok kat belakang, awak dok betatang kat depan. Tak reti dudok ke?[o.ÄAN tu.w«.tu.w« do/ kAt b«.lA.kAN A.wA/ do/ b«.tA.tAN kAt Orang tua duduk di belakang, kamu semua berdiri di hadapan. Tidak tahu dudukkah?
coreng[tSo.ÄeN]kata namalantai papan (Pulau Aur, Mersing).Coreng romah aji rate, sedap dudok.[tSo.ÄeN Äo.mAh A.dZi ÄA.te s«.dAp du.do/]Lantai rumah kamu rata, selesa duduk.
12

Kembali ke atas