Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah

Peribahasa

Menuntut piutang lapuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mencedal[m«n.tS«.dAl]kata namafaedah atau guna.Tak de mencedalnye si Lan ke rumah Mamat, tak sesai pon masalah.[tA/ d« m«n.tS«.dAl.ø« si lAn k« Äu.mAh mA.mAt tA/ s«.sAj ]Tidak ada gunanya si Lan pergi ke rumah Mamat, tidak akan dapat menyelesaikan masalah.

Kembali ke atas