Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~; kuda ~;~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua; bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi; menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin; kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum parthenoxylon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : 1 anak perempuan yg sudah boleh berkahwin; anak dara: Muka ~ itu ditenungnya tepat-tepat. 2 anak perempuan yg belum berkahwin dan masih suci atau masih ada daranya: Walaupun umurnya sudah 35 tahun, tetapi ia masih ~. ~ besar anak perempuan yg berumur kira-kira 18 tahun. ~ kecil anak perempuan yg berumur kira-kira 13 tahun. ~ sunti anak perempuan yg belum baligh. ~ tua anak perempuan yg sudah tua dan belum berkahwin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadis

Puisi
 

Ayam putih manuk siapa,
     Gadis Melaka atas bumbungan;
Tubuhlah putih anak siapa;
     Manislah mata si peruntungan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti gadis sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perawan yang pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menggelitis[m«N.g«.li.tis]kata adjektifberkenaan dengan gadis yang suka berjalan dengan tidak tentu tujuan.Petang-petang mulelah anak dare tu menggelitis ke sane ke mari.[p«.tAN.p«.tAN mu.l«.lAh A.nA/ dA.Ä« tu m«N.g«.li.tis ]Petang-petang mulalah anak dara itu merayau ke sana ke mari dengan tidak tentu tujuan.

Kembali ke atas