Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1 sentiasa berlebih satu apabila dibahagikan dgn dua (ttg angka); tidak dpt dibahagikan dgn angka dua dgn tepat (tidak berlebih); tidak genap: 1, 3, 5, 7 dan 9 semuanya angka ~. 2 berlainan drpd yg biasa; tidak sebagaimana biasa; aneh; pelik: Apabila otak seseorang itu tidak sihat, kelakuannya menjadi ~. mengganjilkan 1 menjadikan ganjil atau tidak genap: Bilangan ahli jawatankuasa yg sepuluh orang itu hendaklah diganjilkan. 2 menimbulkan anggapan ganjil; menganehkan; memelikkan: Pakaiannya ~, orangnya tidak. keganjilan keadaan ganjil; keanehan; kepelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil

Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sepesen[s«.pe.sen]kata adjektifberkelakuan ganjil untuk menarik perhatian.Hari ni kawan kite tu sepesen aje, ade ape-ape ke?[hA.Äi ni kA.wAn ki.t« tu s«.pe.sen A.dZ« A.d« A.p«.A.p« k«]Hari ini kawan kita itu berkelakuan ganjil sahaja, ada apa-apakah?

Kembali ke atas