[ge.lap] | ݢلڤ
Definisi : 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn mematikan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ge.lap] | ݢلڤ
Definisi : 1 tidak ada cahaya; tidak terang; kelam: Buka tingkap supaya bilik itu tidak ~. 2 belum jelas atau belum difahami benar: Perkara itu masih ~ bagi saya. 3 tidak menurut peraturan atau undang-undang yg berlaku; tidak sah di sisi undang-undang; rahsia: Pemuda itu disyaki mengepalai sebuah kumpulan ~. ~ fikiran (mata) lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). ~ gelita (pekat, buta) gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa. bergelap berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. bergelap-gelap tidak dgn berterang-terang; bersulit-sulit. menggelapkan 1 menjadikan gelap dgn memadamkan lampu dll: Ribut debu yg menerbangkan tanah bahagian atas dataran ini ~ angkasa. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan: Dia telah dihukum penjara kerana ~ wang kerajaan. kegelapan 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. penggelapan perbuatan menggelapkan (memadamkan lampu, mencuri dsb): ~ pd malam itu adalah utk mengelakkan pengeboman dr kapal terbang musuh. Orang-orang yg terlibat dlm ~ barang-barang itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)