Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢

Definisi : 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢

Definisi : 1 spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2 agak gila; gila sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gila-gila

Puisi
 

Tidak gula dibuat gula,
     Hanyut kiambang berangkai-rangkai;
Tidak gila dibuat gila,
     Bulan mengambang rasa nak capai.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Bagai cacing gila.

Bermaksud :

Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gonjol[gon.dZol]kata adjektifgila-gila.Suruh budak gonjol beli ikan, tak masak kite ari ni.[su.Äoh bu.dA/ gon.dZol b«.li i.kAn tA/ mA.sA/ ki.t« A.Äi ni]Suruh budak yang berperangai gila-gila membeli ikan, tidak masaklah kita hari ini.
bigau[bi.gAw]kata adjektifberkenaan orang yang gila-gila bahasa dan melucukan.Jangan layan budak bigau tu, tak jadi keje kite.[dZA.NAn lA.jAn bu.dA/ bi.gAw tu tA/ dZA.di k«.dZ« ki.t«]Jangan dilayan budak gila-gila bahasa itu, nanti tidak jadi kerja kita.
gembek[g«m.be/]kata adjektifgila.Orang gembek susah nak tolong.[o.ÄAN g«m.be/ su.sAh nA/ to.loN]Orang yang gila sukar hendak ditolong.
gembek[g«m.be/]kata adjektifgila.Orang gembek susah nak tolong.[o.ÄAN g«m.be/ su.sAh nA/ to.loN]Orang yang gila sukar hendak ditolong.

Kembali ke atas