Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
duet pintu[du.wet pin.tu] wang yang diberikan kepada kaum keluarga pengantin perempuan yang membuat adangan di halaman rumah, di depan tangga atau pintu sebagai sekatan kepada pengantin lelaki dalam perjalanannya untuk bersanding dengan pengantin perempuan; tebos pelamin.   
londang[lon.doN]kata adjektiflecah dan digenangi air; belondong.Paep ae boco abes londang laman tu.[pAep Ae bo.tSo A.bes lon.dAN lA.mAn tu]Paip air bocor, habis lecah halaman itu.
keseng[k«.seN]kata adjektifbersih dan tidak ada sampah sarap.Tengah laman tu keseng tak de selai daon pon.[t«.NAh lA.mAn tu k«.seN tA/ d« s«.lAj dAon pon]Halaman itu bersih, tidak ada sehelai daun pun yang kelihatan.

Kembali ke atas