| singgang serani | [siN.gAN s«.ÄA.ni] | | sejenis masakan ikan, kuahnya daripada bawang, halia, kunyit hidup, dan sedikit belacan yang kesemuanya ditumbuk halus dan ditumis, dibubuh air asam jawa dan serai titik dan boleh juga dibubuh dua tiga biji lada hitam. | | | |
| bejah | [b«.dZAh] | kata nama | lauk khas untuk ibu yang baru bersalin seperti halia tumbuk, pati tumbuhan, daging atau hati lembu goreng dan lain-lain yang boleh dimakan dengan nasi. Lauk-lauk tersebut dianggap boleh memberi khasiat kepada ibu yang baru bersalin. | | | |
| singgang belacan | [siN.gAN b«.lA.tSAn] | | sejenis masakan ikan yang direbus dengan campuran air asam jawa cair, sedikit belacan, bawang, halia, serai titik dan lada hijau. | | | |
| sambal goreng | [sAm.bAl go.ÄeN] | | sejenis makanan daripada tempe, tahu dan kacang panjang yang dipotong serong dan digoreng. Bawang, cili, halia dan sedikit bahan seperti hati ayam atau udang ditumis dan dimasukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Bahan gorengan tadi dimasakkan bers | | | |