[hos.pi.tal] | هوسڤيتل
Definisi : tempat pesakit diberi jagaan dan rawatan perubatan, pembedahan, dll, rumah sakit; ~ gila tempat merawat orang sakit otak (gila); ~ T.B. tempat merawat orang yg menghidap penyakit tibi (batuk kering). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hos.pi.tal] | هوسڤيتل
Definisi : tempat merawat orang sakit; rumah sakit: Orang yg cedera itu telah dirawat di ~ Kuala Lumpur. ~ gila hospital tempat merawat orang sakit otak. ~ tibi hospital tempat merawat orang yg menderita penyakit tibi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)