Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.bu] | جمبو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); merah ~ merah muda; ~ air sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia aquea; ~ (air) laut = ~ jembah sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia grandis; ~ (air) mawar sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia jambos; ~ batu = ~ biji = ~ berasa sj tum­buhan (pokok dan buahnya), Psidium gua­java; ~ bol = ~ keling = ~ melaka = ~ merah sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia malaccensis; ~ golok = ~ monyet = ~ iros = ~ terung sj tumbuhan (pokok dan buahnya), gajus, Anacardium occidentale; 2. ki cantik, lawa: dia memiliki wajah yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.bu] | جمبو

Definisi : 1 beberapa jenis pokok atau buahnya (buahnya dpt dimakan). ~ air jambu yg banyak airnya, Eugenia aquea. ~ batu jambu yg keras dan banyak bijinya, Psidium guajava. ~ golok gajus, Anacardium occidentale. 2 ki lawa: Aminah memiliki wajah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambu

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(20)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
takas[tA.kAs]kata kerjamencantas dengan parang (dahan pokok); seboi.Abes pokok jambu tu die takas.[A.bes po.ko/ dZAm.bu tu di.j« tA.kAs]Habis pokok jambu itu dia cantas dengan parang.
lot[lot]kata kerjalalu makan.Jelat bena budak tu, putik jambu pon lot.[dZ«.lAt b«.nA bu.dA/ tu pu.ti/ dZAm.bu pon lot]Lalu benar budak itu, putik jambu pun dimakannya
jelat[dZ«.lAt]kata adjektifberkenaan seseorang yang sanggup memakan apa sahaja seperti putik buah atau makanan yang hampir basi, lalu.Jelat beno budak tu, putek jambu pon lot.[dZ«.lAt b«.n bu.dA/ tu pu.te/ dZAm.bu pon lot]Lalu benar budak itu, sehingga putik jambu pun lalu dimakannya.

Kembali ke atas