Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ri] | جاري

Definisi : 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ ke­lengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg memanjat, Trichosanthes wal­lichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ lima sj binatang laut (spt bintang berpenjuru lima). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : 1 bahagian hujung tangan atau hujung kaki yg beruas: Sebelah tangan mempunyai lima ~. 2 ukuran sebesar jari tangan: Ia pernah menulis buku setebal dua ~. 3 sesuatu benda atau bahagian yg berbentuk spt jari 1. ~ ampai sj cemeti utk memukul orang salah. ~ hantu jari tangan yg terpanjang; jari tengah. ~ kelengkeng jari tangan yg terkecil. ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu. ~ telunjuk jari di antara ibu jari dgn jari hantu. jejari 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Menggigit jari (= telunjuk).

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pirik[pi.Äi/]kata kerjamemecahkan dengan jari, lenyek.Pirik lade kecik kat kicap ni, biyo sedap kite nak cecah dengan tau goreng.[pi.Äi/ lA.d« k«.tSi/ kAt ki.tSAp ni bi.jo s«.dAp ki.t« nA/ Lenyek dengan jari cili api dalam kicap supaya sedap apabila kita cecah dengan tauhu goreng.
tecuat[t«.tSu.wAt]kata kerjatercucuk, tertikam atau tertusuk oleh sesuatu yang tajam.Tajamnye buloh, tercuat jari aku.[tA.dZAm.ø« bu.loh t«.tSu.wAt dZA.Äi A.ku]Tajamnya buluh, tercucuk jari aku.
sarot[sA.Äot]kata kerjamelurut dengan jari.Sarot daon turi tu, kite masak lemak.[sA.Äot dAon tu.Äi tu ki.t« mA.sA/ l«.mA/]Lurut daun turi itu, kita masak lemak.
setotet[s«.to.tet]kata adjektifterlalu sedikit, secubit (satu atau dua jari); secoet.Bagilah jamah, setotet pon tak ape.[bA.gi.lAh dZA.mAh s«.to.tet pon tA/ A.p«]Berilah jamah, secubit pun tidak mengapa.
secoet[s«.tSo.et]kata adjektifterlalu sedikit, secubit (satu atau dua jari); setotet.Gule secoet mane nak cukop buat kopi seteko.[gu.l« s«.tSo.et mA.n« nA/ tSu.kop bu.wAt ko.pi s«.te.ko]Gula yang terlalu sedikit itu mana cukup untuk membuat seteko air kopi.
melincu[m«.lin.tSu]kata kerjamencucuk mata (perbuatan mencucuk orang lain dengan jari, biasanya anak kepada emak).Nakal bena kau ni, asyek melincu orang aje.[nA.kAl b«.nA kAu ni A.Se/ m«.lin.tSu o.ÄAN A.dZ«]Nakal benar engkau ini, asyik mencucuk mata orang sahaja.

Kembali ke atas