Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ring] | جاريڠ

Definisi : benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt menangkap ikan, burung, dsb, juga di­gunakan dlm permainan dll); menahan (me­rentang) ~ memasang jaring; jaring-jaring jala-jala; ~ bahu Id bahagian dada di bawah bahu; menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: dia ~ ikan di sungai itu; ~ angin prb me­lakukan pekerjaan yg sia-sia; menjaringkan memasukkan sesuatu ke dlm jaring: dia telah dapat ~ empat gol; terjaring termasuk (dlm) jaring, termasuk perangkap, tertangkap; jaringan 1. sesuatu yg menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yg terdiri drpd sel-sel yg serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yg telah masuk (dlm) jaring; penjaringan perbuatan menjaringkan; penjaring orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ring] | جاريڠ

Definisi : akronim bagi Joint Advanced Research Integrated Networking (iaitu sistem perangkaian komputer yg dikendalikan oleh MIMOS). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ring] | جاريڠ

Definisi : benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt utk menangkap ikan, digunakan dlm beberapa jenis permainan dll). menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: Ayah sedang ~ ikan. menjaringkan memasukkan ke dlm jaring: ~ bola memasukkan bola ke dlm jaring (gol). terjaring masuk ke dlm perangkap atau masuk ke dlm jaring; terperangkap. jaringan (bilangan) gol (yg telah masuk ke dlm jaring): Pasukan A mengalahkan pasukan B dgn lima ~ tanpa balas. penjaringan perbuatan (hal dsb) menjaring atau menjaringkan. penjaring orang yg menjaring atau menjaringkan (bola dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaring

Peribahasa

Laksana jauk penjauk yang kerap.

Bermaksud :

Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kucai-kucai[ku.tSAj.ku.tSAj]kata kerjamencelup jaring dan sebagainya berulang-kali di dalam air.Pak Yem kucai-kucai jareng dalam ae.[pA/ jem ku.tSAj.ku.tSAj dZA.ÄeN dA.lAm Ae]Pak Ibrahim mencelup jaring berulang-kali di dalam air.
aw[Aw]kata namabuai yang diperbuat daripada tali dan papan atau daripada jaring yang terdapat di luar kawasan rumah, khususnya yang terdapat di pokok (Pulau Aur, Mersing).Cantek aw aji, boleh anak ni tumpang maen?[tSAn.te/ Aw A.dZi bo.leh A.nA/ ni tum.pAN mAen]Cantik buai kamu, boleh anak ini tumpang bermain?

Kembali ke atas