penanggah | [p«.nAN.gAh] | kata nama | kumpulan tukang masak dan juga yang menolong semasa majlis kenduri kahwin. | Biasenye kite beri makan penanggah sebelum orang jemputan datang. | [biA.s«.ø« ki.t« b«.Äi mA.kAn p«.nAN.gAh s«.b«.lum o.ÄAN | Biasanya kumpulan tukang masak dan petugas majlis kenduri kahwin diberi makan dahulu sebelum ketibaan orang jemputan. |
amben | [Am.ben] | kata nama | sejenis lantai tinggi yang berkaki, lazimnya terdapat di bahagian belakang rumah atau dapur yang boleh dijadikan tempat duduk, tempat tidur dan lain-lain. Barang-barang juga boleh diletakkan di bahagian bawah atau atas amben. | Mari dok atas amben ni jangan dok kat lantai. | [mA.Äi do/ A.tAs Am.ben ni dZA.NAn do/ kAt lAn.tAj] | Marilah duduk di atas amben ini jangan duduk di lantai. |
jongos | [dZo.Nos] | kata adjektif | jongang. | Jongos-jongos pon lawa jugak orangnye. | [dZo.Nos.dZo.Nos pon lA.wA dZu.gA/ o.ÄAN.ø«] | Walaupun jongang, orangnya lawa juga. |
singgang serani | [siN.gAN s«.ÄA.ni] | | sejenis masakan ikan, kuahnya daripada bawang, halia, kunyit hidup, dan sedikit belacan yang kesemuanya ditumbuk halus dan ditumis, dibubuh air asam jawa dan serai titik dan boleh juga dibubuh dua tiga biji lada hitam. | | | |
ujan petos | [u.dZAn p«.tos] | | hujan lebat. | Ujan petos pon, kau nak kelua jugak. | [u.dZAn p«.tos pon kAw nA/ k«.lu.wA dZu.gA/] | Hujan lebat pun kau hendak keluar juga. |
dagang lua | [dA.gAN luA] | | gaya atau cara memakai kain samping di sebelah luar baju Melayu Johor. | Bebaju Melayu care dagang lua kemas jugak. | [b«.bA.dZu m«.lA.ju tSA.Ä« dA.gAN luA k«.mAs dZu.gA/] | Memakai baju Melayu cara bersamping di luar nampak kemas juga. |
dare gembo-gembo | [dA.Ä« g«m.bo g«m.bo] | | anak dara belasan tahun yang cantik. | Kawan yang dah tue ni, nengok anak dare gembo-gembo, mahu juge tanggal songkok. | [kA.wAn jAN dAh tuw« ni ne.No/ A.nA/ dA.Ä« g«m.bo.g«m.bo | Saya yang dah tua ni, menengok anak dara belasan tahun yang cantik, mahu juga tanggal songkok. |