Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahan­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang; karang-karangan berbagai-bagai karang; berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penya­kit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; terkarang ark terlanggar pd karang; karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = karangan batu kapur yg bermacam-macam bentuknya yg terdapat di dasar laut. karang-karangan berbagai-bagai karang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Cik Malik mengarang bunga,
     Mari karang tali rotan;
Minta tabik pada semua,
     Saya nak karang hikayat syaitan.


Lihat selanjutnya...(17)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyerigai[ø«.Äi.gAj]kata kerjamemanjat.Jangan nyerigai, pokok tu tinggi, jatoh karang.[dZA.NAn ø«.Äi.gAj po.ko/ tu tiN.gi dZA.toh kA.ÄAN]Jangan memanjat, pokok itu tinggi, nanti jatuh.
mengelapu[m«.N«.lA.pu]kata kerjatergesa-gesa.Menganyam tika tu jangan mengelapu,karang renjot jadinye.[m«.NA.øAm ti.kA tu dZA.NAn m«.N«.lA.pu kA.ÄAN Äen.dZot Menganyam tikar itu jangan tergesa-gesa, nanti renjut jadinya.
tebose[t«.bo.se]kata adjektifterdedah (perut).Kenakan butang baju tu baek-baek, jangan sampai tebose perot karang.[k«.nA.kAn bu.tAN bA.dZu tu bAe/.bAe/ dZA.NAn sAm.pAj Pakailah butang baju itu baik-baik, jangan sampai terdedah perut.
lampan[lAm.pAn]kata kerjamemijak-mijak atau melanyak dengan lasak; melatam.Jangan lampan tempat tido tu, lunyai karang.[dZA.NAn lAm.pAn t«m.pAt ti.do tu lu.øAj kA.ÄAN]Jangan melanyak atas tempat tidur itu, nanti lunyai.
bejangi[b«.dZA.Ni]kata kerjaberjemur di tengah panas matahari kerana bermain dan lain-lain.Jangan bejangi ari-ari, itam karang.[dZA.NAn b«.dZA.Ni A.Äi.A.Äi i.tAm kA.ÄAN]Jangan suka berjemur setiap hari di tengah panas, nanti hitam
beranak[b«.ÄA.nA/]kata adjektifberkenaan susunan ikatan tepi kain kurung Johor yang tidak kemas.Mengelon kaen tu biar betol-betol, karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengelon kain itu biarlah cermat, nanti beranak pula.
loceh[lo.tSeh]kata kerjamengusik lauk yang berkuah dengan sudu atau tangan hingga memungkinkan cepat basi; redokJangan diloceh laok tu, kalau basi karang, orang tu nak makan ape.[dZA.NAn di.lo.tSeh lA.o/ tu kA.lAw bA.si kA.ÄAN o.ÄAN tu nA/ ]Jangan kacau-kacau lauk itu, kalau basi nanti, orang itu hendak makan apa.
mengelon[m«.Ne.lon]kata kerjamenyusun sama lebar lipatan kain kurung Johor dengan kemas, sama ada dikumpulkan di sebelah kiri atau kanan kemudian diikat dengan tali pinggang atau ‘tali perut’.Mengelon kaen tu biya betol-betol karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengikat kain itu biar betul-betul, nanti beranak.

Kembali ke atas