Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kasar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kesat: kasap, kematu, gerutu, tidak licin,
Berantonim dengan licin

2. Bersinonim dengan agak besar: tidak kecil, tidak halus,
Berantonim dengan halus

3. Dalam konteks perabot
bersinonim dengan gabas, gubas, gabal, tidak kemas, tidak halus,
Berantonim dengan halus

4. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan biadap, kurang ajar, tidak tertib, kurang sopan,
Berantonim dengan sopan

5. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan berat, buruh, kontrak,
Berantonim dengan ringan

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras, besar, parau, garau,
Berantonim dengan lembut

7. Bersinonim dengan secara umum: tidak terperinci, pukul rata, lebih kurang,

Kata Terbitan : berkasar, mengasarkan, kekasaran,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti biawak,
     masakan hilang kesatnya.

Bermaksud :

Orang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.

 

Lihat selanjutnya...(4)

88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengkes[m«N.kes]kata adjektifkasar (bercakap).Bile die naek angen, cakap pon mule mengkes.[bi.l« di.j« nAe/ A.Nen tSA.kAp pon mu.l« m«N.kes]Apabila dia marah, bercakap pun mulalah kasar.
sesah[s«.sAh]kata kerjamakan (bahasa kasar).Jangan sesah laok tu sampai abes, ingat orang belakang.[dZA.NAn s«.sAh lAo/ tu sAm.pAj A.bes i.NAt o.ÄAN b«.lA.kAN]Jangan makan lauk itu hingga habis, ingat orang yang belum makan
memekong[m«.m«.koN]kata kerjabuang angin, kentut (bahasa kasar).Bebudak ni suke memekong depan orang.[b«.bu.dA/ ni su.k« m«.m«.koN d«.pAn o.ÄAN]Budak-budak ini suka membuang angin di depan orang.
melukap[m«.lu.kAp]kata kerjamemakan dengan lahap (bahasa kasar).Budak tu melukap buah diyan macam tak penah makan.[bu.dA/ tu m«.lu.kAp bu.wAh di.jAn mA.tSAm tA/ p«.nAh ]Budak itu memakan durian dengan lahap, macam tidak pernah makan.
memerot[m«.m«.Äot]kata kerjabuang air besar, berak (bahasa kasar); melimbong.Geramnye aku dengan budak ni, tak abes-abes memerot.[g«.ÄAm.ø« A.ku d«.NAn bu.dA/ ni tA/ A.bes.A.bes m«.m«.Äot]Geramnya aku dengan budak ini, tidak habis-habis membuang air besar.
melimbong[m«.lim.boN]kata kerjabuang air besar, berak (bahasa kasar); memerot.Geramnye aku dengan budak ni, tak abes-abes melimbong.[g«.ÄAm.ø« A.ku d«.NAn bu.dA/ ni tA/ A.bes.A.bes m«.lim.boN]Geramnya aku dengan budak ini, tidak habis-habis membuang air besar.
membokoh[m«m.bo.koh]kata kerjamakan berulang-ulang dengan banyak (bahasa kasar).Jangan asyek nak membokoh saje, nanti gemok gedempol.[dZA.NAn A.Se/ nA/ m«m.bo.koh sA.dZ« nAn.ti g«.mo/ ]Jangan asyik hendak makan sahaja, nanti gemuk.
kue kepal[ku.we k«.pAl] sejenis kuih dibuat daripada pulut yang dikisar kasar, dimasak bersama santan dan gula merah dan digunakan untuk bunga pahar.   

Kembali ke atas