Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihat­an (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan menge­lamkan, penggelapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam I

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kangkang kiyap I[kAN.kAN ki.jAp] kelam kabut; beketuntang IIKangkang kiyap budak-budak tu nak siyapkan keje.[kAN.kAN ki.jAp bu.dA/.bu.dA/ tu nA/ si.jAp.kAn k«.dZ«]Kelam kabut budak-budak itu hendak siapkan kerja.
beketuntang I[b«.k«.tun.tAN]kata kerja1. kelam kabut; kangkang kiyap I.Beketuntang kawan nak siapkan keje rumah.[b«.k«.tun.tAN kA.wAn nA/ si.jAp.kAn k«.dZ« Äu.mAh]Kelam kabut saya hendak menyiapkan kerja rumah.
bebo[be.bo]kata kerjalari bertempiaran dalam keadaan kelam-kabut kerana ketakutan.Nampak kelibat pulis aje, bebo budak-budak jahat tu.[nAm.pA/ k«.li.bAt pu.lis A.dZ« be.bo bu.dA/.bu.dA/ dZA.hAt tu]Bila nampak sahaja polis, budak-budak jahat itu kelam kabut berlari kerana ketakutan.

Kembali ke atas