Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nyang] | کڽڠ

Definisi : 1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dgn cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dgn cukupnya (bkn perut): perutku ~, aku sudah makan; 2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu): tanah itu harus disiram dgn air hingga ~; 3. ki selalu (banyak) men­dapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu): ~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; dia sudah ~ dgn cercaan demikian; orang yg ~, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah; mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku; kekenyangan 1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan; 2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak): maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nyang] | کڽڠ

Definisi : tidak berasa lapar kerana sudah makan; sudah puas makan: Kami diberinya makan sampai ~. mengenyangkan memberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang. kekenyangan 1 keadaan (perihal) kenyang. 2 terlalu kenyang hingga berasa tidak selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenyang (adjektif)
Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;,
Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan,

Puisi
 

Orang darat menganyam kelasah,
     Buat kelarai bunga cempaka;
Makan tak kenyang mandi tak basah,
     Sudahlah adat orang bercinta.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang,
     minum sejuk haus tak lepas.

Bermaksud :

Hidup dalam kemiskinan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bentos[b«n.tos]kata adjektifkenyang kerana terlebih makan dan minum; begah, kebentak.Sampai dah bentos baru teringat nak berenti.[sAm.pAj dAh b«n.tos bA.Äu t«.Äi.NAt nA/ b«.Ä«n.ti]Sampai dah kenyang makan dan minum baharu teringat hendak berhenti.
begah[b«.gAh]kata adjektifkenyang kerana terlebih makan dan minum; bentos, kebentak.Macam mane tak begah perot, tige pinggan belom berenti.[mA.tSAm mA.n« tA/ b«.gAh p«.Äot ti.g« piN.gAn b«.lom ]Macam mana perut tidak terlalu kenyang, sudah makan tiga pinggan pun masih belum berhenti.
kebentak[k«.b«n.tA/]kata adjektifkenyang kerana terlebih makan dan minum; begah, bentos.Bepade-pade makan tu, jangan sampai kebentak.[b«.pA.d«.pA.d« mA.kAn tu dZA.NAn sAm pAj k«.b«n.tA/]Makan itu biar berpada-pada, jangan sampai terlalu kenyang.

Kembali ke atas