duet pintu | [du.wet pin.tu] | | wang yang diberikan kepada kaum keluarga pengantin perempuan yang membuat adangan di halaman rumah, di depan tangga atau pintu sebagai sekatan kepada pengantin lelaki dalam perjalanannya untuk bersanding dengan pengantin perempuan; tebos pelamin. | | | |
tebos pelamin | [t«.bos p«.lA.min] | | wang yang diberikan kepada beberapa orang wakil pihak pengantin perempuan seperti emak saudara dan lain-lain oleh pihak pengantin lelaki. Aktiviti menebus pintu atau pelamin ini berlaku di depan pintu atau pelamin sebagai ‘sekatan’ kepada pihak pengantin | | | |
duet lawe | [du.wet lA.w«] | | wang yang dibayar kepada mak andam untuk memesan kerusi pengantin lelaki. | Kalau sandeng kat rumah, kite kene siyap duet pintu, kalau kat dewan tak payah le. | [kA.lAw sAn.deN kAt Äu.mAh ki.t« k«.n« si.jAp du.wet pin.tu ] | Kalau bersanding di rumah, kita kena siap duit pintu, kalau bersanding di dewan, tidak payahlah. |
cuci | [tSu.tSi] | kata nama | hantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang hanya mengandungi sejumlah wang hantaran, cincin kahwin dan hadiah berbentuk kelengkapan baju dan lain-lain tanpa barang kemas yang selengkapnya. | Kami lebeh suke hantaran lime ribu cuci daripade tige ribu serbe satu. | [kA.mi l«.beh su.k« hAn.tA.ÄAn li.m« Äi.bu tSu.tSi dA.Äi.pA.d« | Saya lebih suka hantaran lima ribu cuci daripada tiga ribu serba satu. |
bebento | [b«.ben.to] | kata kerja | berlegar (biasanya ditujukan kepada benda yang terbang ke sana dan ke sini seperti kapal terbang, burung dan seumpamanya). | Kapal terebang tu entah berape kali bebento sebelum jatoh. | [kA.pAl t«.Ä«.bAN tu «n.tAh b«.ÄA.p« kA.li b«.ben.to s«.b«.lum dZA.toh] | Kapal terbang itu entah berapa kali berlegar sebelum jatuh. |
pesak gantong | [pe.sA/ gAn.toN] | | bahagian keratan kain yang dicantumkan kepada kekek baju kurung Johor atau baju teluk belanga. | | | |
serbe bediri | [s«r.b« b«.di.Äi] | | hantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang seratus peratus lengkap mulai hujung rambut hingga ke hujung kaki. | | | |
melincu | [m«.lin.tSu] | kata kerja | mencucuk mata (perbuatan mencucuk orang lain dengan jari, biasanya anak kepada emak). | Nakal bena kau ni, asyek melincu orang aje. | [nA.kAl b«.nA kAu ni A.Se/ m«.lin.tSu o.ÄAN A.dZ«] | Nakal benar engkau ini, asyik mencucuk mata orang sahaja. |
tuje | [tu.dZ«] | kata kerja | tuding. | Kalau buat salah, jangan tuje orang laen. | [kA.lAw bu.wAt sA.lAh dZA.NAn tu.dZ« o.ÄAN lAen] | Kalau membuat kesalahan, jangan dituding kepada orang lain. |
bejah | [b«.dZAh] | kata nama | lauk khas untuk ibu yang baru bersalin seperti halia tumbuk, pati tumbuhan, daging atau hati lembu goreng dan lain-lain yang boleh dimakan dengan nasi. Lauk-lauk tersebut dianggap boleh memberi khasiat kepada ibu yang baru bersalin. | | | |