Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ketengi[k«.t«.Ni]kata adjektifmalu kerana kalah tanding atau kena tipu.Die ketengi sebab adeknye dapat nombo satu, die nombo corot.[di.j« k«.t«.Ni s«.bAb A.de/.ø« dA.pAt nom.bo sA.tu di.j« Beliau berasa malu kerana adiknya mendapat nombor satu dan dia nombor corot.
bentat[b«n.tAt]kata adjektifberkenaan kuih yang kurang naik kerana salah adunan atau lambat dimasak dan lain-lain.Kek pisang tu bentat, terlebeh tepong.[ke/ pi.sAN tu b«n.tAt t«.l«.beh t«.poN]Kek pisang itu tidak cukup naik kerana terlebih tepung.
bebo[be.bo]kata kerjalari bertempiaran dalam keadaan kelam-kabut kerana ketakutan.Nampak kelibat pulis aje, bebo budak-budak jahat tu.[nAm.pA/ k«.li.bAt pu.lis A.dZ« be.bo bu.dA/.bu.dA/ dZA.hAt tu]Bila nampak sahaja polis, budak-budak jahat itu kelam kabut berlari kerana ketakutan.
jelapak[dZ«.lA.pA/]kata kerjaberbaring dalam keadaan kurang bermaya kerana keletihan.Balek aje dari kebon, abang teros jelapak kat lantai.[bA.le/ A.dZ« dA.Äi k«.bon A.bAN t«.Äos dZ«.lA.pA/ kAt lAn.tAj]Balik sahaja dari kebun, abang terus berbaring di lantai dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu penat.
ngelebeh[N«.le.beh]kata adjektifberkenaan kain, baju dan lain-lain yang tidak kemas kerana besar atau longgar.Jangan pakai baju tu, nanti nampak ngelebeh aje.[dZA.NAn pA.kAj bA.dZu tu nAn.ti nAm.pA/ N«.le.beh A.dZ«]Jangan engkau pakai baju itu, nanti nampak tidak kemas kerana longgar.
mongeng[mo.NeN]kata adjektifmalu kerana rahsia terbongkar.Mongeng rasa Ali bile orang semue tau rasienye monteng.[mo.NeN ÄA.s« A.li bi.l« o.ÄAN s«.mu.w« tAw ÄA.si.j«.ø« ]Ali rasa malu apabila semua orang tahu rahsianya memonteng.
jawat[dZA.wAt]kata adjektifcemas kerana berlaku sesuatu yang boleh mengancam nyawa atau keselamatan.Bile kapal kene gelombang, penumpang mule jawat.[bi.l« kA.pAl k«.n« g«.lom.bAN p«.num.pAN mu.l« dZA.wAt]Apabila kapal dipukul gelombang, penumpang mula berasa cemas.
busau[bu.sAw]kata adjektifpucat kerana sakit.Saket ke, busau nampak?sA.ket k« bu.sAw nAm.pA/]Sakitkah, pucat sahaja nampaknya?
begah[b«.gAh]kata adjektifkenyang kerana terlebih makan dan minum; bentos, kebentak.Macam mane tak begah perot, tige pinggan belom berenti.[mA.tSAm mA.n« tA/ b«.gAh p«.Äot ti.g« piN.gAn b«.lom ]Macam mana perut tidak terlalu kenyang, sudah makan tiga pinggan pun masih belum berhenti.
tesembat[t«.sem.bAt]kata kerjatersentak kerana terperanjat apabila bertemu dengan sesuatu yang menakutkan, mendengar berita buruk dan lain-lain.Mak Cik tesembat dengo Pak Long kau kene belet ula.[mA/ tSi/ t«.s«m.bAt d«.N pA/ loN kAw k«.n« b«.let u.lA]Mak Cik terperanjat mendengar berita Pak Long kau dibelit ular.
123456

Kembali ke atas