Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ya/] | کويق

Definisi : carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup ber­korban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-­laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan me­nyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(­carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ya/] | کويق

Definisi : sobek (bkn kain, kertas dll); carik; robek: Bajunya ~ terkait onak. Buku itu sudah ~. ~ rabak koyak yg panjang dan lebar. mengoyakkan menjadikan koyak (carik); menyiat; mencarik: ~ kertas; ~ sampul surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain putih koyak di tengah,
     Pakaian anak naik ke hulu;
Tengah kasih datang fitnah,
     Biar saya berundur dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Koyak tak berbunyi.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rambai jadi[ÄAm.bAj dZA.di] koyak di bahagian kaki seluar.Seluo dah rambai jadi ni, tak patot kau pakai ke bando.[s«.lu.w dAh ÄAm.bAj dZA.di ni tA/ pA.tot kAw pA.kAj k« Kaki seluar engkau sudah koyak, tidak wajar engkau pakai untuk pergi ke bandar.
ketu-getu[k«.tu.g«.tu]kata kerjamenggigit (biasanya oleh binatang yang kecil seperti tikus); gesep.Abes koyak baju kami kene ketu-getu tikos.[A.bes ko.jA/ bA.dZu kA.mi k«.n« k«.tu.g«.tu ti.kos]Habis koyak baju saya digigit tikus.
gejot[ge.dZot]kata kerjamenjahit pakaian yang koyak sedikit.Gejotkan sikit kaen kawan ni, kene paku agaknye.[ge.dZot.kAn si.kit kAen kA.wAn ni k«.n« pA.ku A.gA/.ø«]Jahitkan sedikit kain saya ni, kena paku agaknya.

Kembali ke atas