Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.dis] | کوديس

Definisi : 1. sj penyakit kulit yg gatal dan ber­jangkit; ~ anjing = ~ api kudis yg besar; ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata badan; 2. ki sesuatu yg mencelakakan, sesuatu yg mendatangkan keburukan; ~ menjadi tokak prb perkara kecil menjadi besar (kerana dibiarkan); mengubik kepala ~ orang prb membuka rahsia orang; berkudis, kudisan mendapat (menderita) penyakit kudis; mengudis menjadi kudis: luka itu ~ sebab dibiarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.dis] | کوديس

Definisi : penyakit kulit yg gatal dan mudah berjangkit. ~ anjing (api) kudis yg besar. ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata-rata badan. berkudis menderita penyakit kudis; terdapat atau ada kudis. mengudis menjadi kudis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kudis

Peribahasa

Bukan kudis dibuat pekung.

Bermaksud :

Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menonoi[m«.no.noj]kata adjektifberkenaan kudis yang sudah melarat.Kudis kat badan dah menonoi.[ku.dis kAt bA.dAn dAh m«.no.noj]Kudis di badannya sudah melarat.
menais[m«.nAis]kata kerjamenenes; menyenyeh.Kudes kalau dah menais, susah nak obat.[ku.des kA.lAw dAh m«.nAis su.sAh nA/ o.bAt]Kudis kalau sudah menenes, susah hendak diubati.
bente[b«n.t«]kata namaparut atau bekas penyakit kulit di badan.Badan Ngah penoh bente kudes.[bA.dAn NAh p«.noh b«n.t« ku.des]Badan Ngah penuh dengan parut kudis.
menyenyeh[m«.øe.øeh]kata kerjamenenes; menais.Dah menyenyeh kudes engkau ni, lekasle pegi berobat.[dAh m«.øe.øeh ku.des «N.kAw ni l«.kAs.l« p«.gi b«.Äo.bAt]Sudah menenes kudis engkau ini, cepatlah pergi berubat.

Kembali ke atas