Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumpulan;

Puisi
 

Anak Cina main gelombang,
     Nampak dari Tanjung Jati;
Tuan umpama bunga yang kembang,
     Sentiasa hidup di dalam hati.

Anak beruk di kayu rendang,
     Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
penanggah[p«.nAN.gAh]kata namakumpulan tukang masak dan juga yang menolong semasa majlis kenduri kahwin.Biasenye kite beri makan penanggah sebelum orang jemputan datang.[biA.s«.ø« ki.t« b«.Äi mA.kAn p«.nAN.gAh s«.b«.lum o.ÄAN Biasanya kumpulan tukang masak dan petugas majlis kenduri kahwin diberi makan dahulu sebelum ketibaan orang jemputan.
menjarah[m«n.dZA.ÄAh]kata kerjaberjalan membuang masa tanpa tujuan.Budak-budak kumpulan tu suke menjarah saje.[bu.dA/.bu.dA/ kum.pu.lAn tu su.k« m«n.dZA.ÄAh sA.dZ«]Budak-budak dalam kumpulan itu suka berjalan tanpa tujuan sahaja.

Kembali ke atas