Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rang.ku.rang] | کورڠ٢

Definisi : 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Kurang sisik,
     tinggal lidi di buku;
selidik,
     tinggal kaji di guru.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.

 

Lihat selanjutnya...(87)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sangkel[sAN.kel]kata adjektifkurang sedikit daripada yang diharap.Harap-harap telo ayam tu netas semue, tapi sayang, sangkel siket.[hA.ÄAp.hA.ÄAp t«.lo A.jAm tu n«.tAs s«.mu.w« tA.pi sA.jAN Harap-harap telur ayam itu menetas semua, tetapi sayang kurang sedikit.
pua[pu.wAâ]kata adjektiftidak waras, kurang sempurna akal.Jangan pecaye sangat budak ali tu, die ni pua sikit.[dZA.NAn p«.tSA.j« sA.NAt bu.dA/ A.li tu di.j« ni pu.wAâ si.kit]Jangan percaya sangat budak Ali itu, dia ini kurang waras.
jelapak[dZ«.lA.pA/]kata kerjaberbaring dalam keadaan kurang bermaya kerana keletihan.Balek aje dari kebon, abang teros jelapak kat lantai.[bA.le/ A.dZ« dA.Äi k«.bon A.bAN t«.Äos dZ«.lA.pA/ kAt lAn.tAj]Balik sahaja dari kebun, abang terus berbaring di lantai dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu penat.
bentat[b«n.tAt]kata adjektifberkenaan kuih yang kurang naik kerana salah adunan atau lambat dimasak dan lain-lain.Kek pisang tu bentat, terlebeh tepong.[ke/ pi.sAN tu b«n.tAt t«.l«.beh t«.poN]Kek pisang itu tidak cukup naik kerana terlebih tepung.
menyanyah[m«.øA.øAh]kata adjektiflalai, salah tanggap kerana kurang memberi perhatian.Engkau ni menyanyah betol, laen disuroh laen dibuwat![«N.kAw ni m«.øA.øAh b«.tol lAen di.su.ÄohEngkau ini lalai betul, lain yang disuruh lain yang dibuat!
seloloi[s«.lo.loj]kata adjektifperangai yang tidak senonoh atau kurang sopan.Jangan seloloi dalam tengah-tengah majeles.[dZA.NAn s«.lo.loj dA.lAm t«.NAh.t«.NAh mA.dZ«.les]Jangan berperangai tidak senonoh dalam majlis.
bedempe[b«.d«m.pe]kata adjektifberbunyi tidak jelas dan kurang sedap didengar.Dekat na dengan mikropon patut bedempe suare.[d«.kAt nA d«.NAn mi.kro.pon pA.tut b«.d«m.pe su.wA.Ä«]Dekat benar dengan mikrofon, patutlah suaranya tidak jelas.
kangkang kiyap II[kAN.kAN ki.jAp] cara duduk yang tidak sopan (khusus perempuan).Tak elok anak dare dudok kangkang kiyap atas tangge.[tA/ e.lo/ A.nA/ dA.Ä« du.do/ kAN.kAN ki.jAp A.tAs tAŋ.g«]Tidak elok anak dara duduk kurang sopan di atas tangga.

Kembali ke atas