Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lu.la.lang] | لالو-لالݞ

Definisi : ; ®lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lu.la.lang] | لالو-لالݞ

Definisi : a) banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana ke mari: banyak orang ~-lalang di jalan raya; b) mencurah­curah keluar (kata-kata kasar dll); c) tidak teratur, kacau-bilau: susun buku itu baik-baik, jangan ~-lalang begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lu.la.lang] | لالو-لالݞ

Definisi : a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu-lalang (kata kerja)
Bersinonim dengan lalu-landang, keluar masuk, ke sana ke mari.,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
salo alai[sA.lo A.lAj] keadaan banyak orang yang sedang lalu-lalang; sia lantau.Ape takot, kan salo alai kat sini.[A.p« tA.kot kAn sA.lo A.lAj kAt si.ni]Mengapa takut, bukankah di sini banyak orang yang sedang lalu-lalang.
sia lantau[si.jA lAn.tAw] keadaan banyak orang yang sedang lalu-lalang; salo alai.Dah seimo lemo pon tempat ni maseh sia lantau.[dAh s«.i.mo le.mo pon t«m.pAt ni mA.seh si.jA lAn.tAw]Sudah senja pun tempat ini masih banyak orang yang lalu lalang.

Kembali ke atas