Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bat] | لبت

Definisi : 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bat] | لبت

Definisi : 1 banyak dan rapat tumbuhnya (bkn rambut, bulu, buah, bunga dll): Buah jambu itu sangat ~. Bulu keningnya ~ dan hitam. 2 banyak lagi tebal (bkn hujan, embun): ~ betul hujan petang tadi. melebat menjadi lebat (bkn buah-buahan, hujan dsb): Hujan ~ semula. melebatkan menjadikan lebat: Utk ~ buahnya, kita terpaksa membantu dlm proses pendebungaannya. kelebatan keadaan atau hal lebat: ~ rambut. pelebatan perbuatan, hal dsb melebat atau melebatkan. pelebat bahan yg melebatkan: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal

Puisi
 

8Betapa lebat bunga remia,
     Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
     Hebat lagi pakaian syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Mengenalkan diri bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ujan petos[u.dZAn p«.tos] hujan lebat.Ujan petos pon, kau nak kelua jugak.[u.dZAn p«.tos pon kAw nA/ k«.lu.wA dZu.gA/]Hujan lebat pun kau hendak keluar juga.
bongkes[boN.kes]kata kerjatumbang (pokok).Lepas ujan lebat, banyak pokok bongkes.[l«.pAs u.dZAn l«.bAt bA.øA/ po.ko/ boN.kes]Selepas hujan lebat, banyak pokok tumbang.
memulan[m«.mu.lAn]kata adjektifberkenaan arus air yang deras.Dah tiga ari ujan lebat, ae sungai memulan.[dAh ti.g« A.Äi u.dZAn l«.bAt Ae su.NAj m«.mu.lAn]Sudah tiga hari hujan lebat, air sungai mengalir deras.
mereboi[m«.Ä«.boj]kata adjektifberkenaan rambut yang tumbuh jarang-jarang atau tidak lebat.Rambot budak tu mereboi aje, cube sapu minyak kelape.[ÄAm.bot bu.dA/ tu m«.Ä«.boj A.dZ« tSu.b« sA.pu mi.øA/ ]Rambut budak itu tidak lebat, cuba sapu minyak kelapa.

Kembali ke atas