Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leher

Puisi
 

Pulau Pasir takluk Kedah,
     Kulit siput di muka pintu;
Peluk leher cium penyudah,
     Perkara laut tidak menentu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menggalangkan leher minta disembelih.

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(14)

172

Sooner said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat’s neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly. "Well, sooner said than done ," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua.Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tikam[ti.kAm]kata kerjamenjahit tulang belut pada leher baju kurung Johor atau baju teluk belanga.Mak tikam leher baju sampai tengah malam.[mAk ti.kAm le.he bA.dZu sAm.pAj t«.NAh mA.lAm]Emak menjahit tulang belut pada leher baju kurung Johor hingga tengah malam.
nebok[n«.bo/]kata kerjamembuat leher baju, khas untuk baju kurung Johor.Awak dah nikam, kami nebok pon belom.[A.wA/ dAh ni.kAm kA.mi n«.bo/ pon b«.lom]Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju.
bulan[bu.lAn]kata namacontoh kain atau kertas berbentuk separuh bulatan sebagai pengukur tebukan leher baju kurung Johor atau baju teluk belanga.Besa mane bulan baju kau ni?[b«.sA mA.n« bu.lAn bA.dZu kAw ni]Keratan leher baju engkau besar mana?
nikam[ni.kAm]kata kerjamenjahit tulang belut, khas untuk baju kurung Johor.Awak dah nikam, kami nebok pon belum.[A.wA/ dAh ni.kAm kA.mi n«.bo/ pon b«.lum]Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju.
beliang-beliot[b«.li.jAN.b«.li.jot]kata adjektifsusah hendak menelan makanan tertentu.Nak makan sagon, beliang-beliot batang lehe.[nA/ mA.kAn sA.gon b«.li.jAN.b«.li.jot bA.tAN le.he]Apabila memakan sagun, hendak tercekek batang leher kerana susah hendak menelan.

Kembali ke atas