Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adik-adiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaca

Puisi
 

Pucuk mengkira di dalam dulang,
     Serak dagang bertali-tali;
Murai membaca turunlah pulang,
     Balik abang sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ghalet[gA.let]kata adjektifleka atau asyik.Ghalet awak bace buku.[ÄA.let A.wA/ bA.dZ« bu.ku]Asyik dan tekun kamu membaca buku.
merenyau[m«.Ä«.øAu]kata adjektiftidak terang kerana tidak cukup cahaya, malap.Bilek ni merenyau, nak bace buku tak boleh.[bi.le/ ni m«.Ä«.øAu nA/ bA.tS« bu.ku tA/ bo.leh]Bilik ini tidak terang, hendak membaca buku pun tidak boleh.

Kembali ke atas