Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Bermaksud :

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tesembat[t«.sem.bAt]kata kerjatersentak kerana terperanjat apabila bertemu dengan sesuatu yang menakutkan, mendengar berita buruk dan lain-lain.Mak Cik tesembat dengo Pak Long kau kene belet ula.[mA/ tSi/ t«.s«m.bAt d«.N pA/ loN kAw k«.n« b«.let u.lA]Mak Cik terperanjat mendengar berita Pak Long kau dibelit ular.
menging[m«.NiN]kata namabunyi yang sangat bingit, berdesing-desing.Menging denga moto tu tengah malam.[m«.NiN d«.NA mo.to tu t«.NAh mA.lAm]Bingit telinga mendengar bunyi motosikal itu di tengah malam.

Kembali ke atas