Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.né.ngo/] | منيڠوق

Definisi : 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.né.ngo/] | منيڠوق

Definisi : 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengok
Kata Terbitan : menengok, tertengok,

Puisi
 

Menangguk di batu licin,
     Dapat udang selima-lima;
Menengok sanggul licin,
     Nak balik ke janda lama.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Berjalan selangkah menghadap surut,
     berkata sepatah difikirkan.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
betujai[b«.tu.dZAj]kata adjektifberpusu-pusu.Betujai orang datang nak nengok penganten.[b«.tu.dZAj o.ÄAN dA.tAN nA/ ne.No/ p«.NAn.ten]Berpusu-pusu orang datang untuk menengok pengantin.
senyi[s«.øi]kata adjektifberasa ngeri kerana melihat luka.Senyi kawan nengok luke kat kepale die.[s«.øi kA.wAn ne.No/ lu.k« kAt k«.pA.l« di.j«]Saya berasa ngeri menengok luka di kepala dia.
dare gembo-gembo[dA.Ä« g«m.bo g«m.bo] anak dara belasan tahun yang cantik.Kawan yang dah tue ni, nengok anak dare gembo-gembo, mahu juge tanggal songkok.[kA.wAn jAN dAh tuw« ni ne.No/ A.nA/ dA.Ä« g«m.bo.g«m.bo Saya yang dah tua ni, menengok anak dara belasan tahun yang cantik, mahu juga tanggal songkok.

Kembali ke atas