Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ta] | مڠات

Definisi : 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Bulan Safar bulan sebelas,
     Cahayanya cerah menyapu awan;
Bukan mengata bukan membalas,
     Saya serah melukut secawan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Mengata dulang paku (= bawak) serpih,
     mengata orang aku (= awak) yang lebih.

Bermaksud :

Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.

 

Lihat selanjutnya...(4)

474

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
muke senen[mu.k« s«.nen] selamba.Orang ngate die pon, die buat muke senen aje.[o.ÄAN NA.t« di.j« pon di.j« bu.wAt mu.k« s«.nen A.dZ«]Orang mengata dia pun, dia buat selamba sahaja.
tesempo[t«.s«m.p]kata adjektiftermalu-malu.Tengah sedap-sedap ngate Pak Ali, aleh-aleh die tejongol kat belakang, ape tak tesempo muke.[t«.NAh s«.dAp.s«.dAp NA.t« pA/ A.li A.leh.A.leh di.j« t«.dZo.Nol  Tengah sedap-sedap mengata Pak Ali, tiba-tiba dia muncul di belakang, termalu-malu muka masing-masing.

Kembali ke atas