Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.kal] | ناکل

Definisi : 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya; 2. buruk kelakuannya, jahat: isterinya yg ~; menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal; menakali membuat nakal kpd, men­ce­ro­bohi, mengganggu (orang); ~ isteri orang mengganggu isteri orang; kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.kal] | ناکل

Definisi : 1 suka membuat sesuatu yg di­larang spt mengganggu orang atau mencarik kertas (terutamanya kanak-kanak): Anaknya ~-~ belaka. 2 tidak baik kelakuannya (perangainya); jahat: suami yg ~. kenakalan keadaan atau sifat nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nakal
Kata Terbitan : menakali, kenakalan,
Rujuk :jahat;,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bego I[be.go]kata adjektifsangat nakal (tentang kanak-kanak).Bukan main bego budak tu.[bu.kAn mAen be.go bu.dA/ tu]Bukan main nakal perangai budak itu.
terejal[t«.Ä«.dZAl]kata adjektifnakal.Terejal sangat, mane tak jatoh paret.[t«.Ä«.dZAl sA.NAt mA.n« tA/ dZA.toh pA.Äet]Budak itu sangat nakal, mana tidak terjatuh parit.
jelinge[dZ«.li.N«]kata adjektifdegil atau nakal.Jelinge sangat budak ni, dalam kelas pon gadoh.[dZ«.li.N« sA.NAt bu.dA/ ni dA.lAm k«.lAs pon gA.doh]Degil dan nakal benar budak ini, di dalam kelas pun bergaduh.
melincu[m«.lin.tSu]kata kerjamencucuk mata (perbuatan mencucuk orang lain dengan jari, biasanya anak kepada emak).Nakal bena kau ni, asyek melincu orang aje.[nA.kAl b«.nA kAu ni A.Se/ m«.lin.tSu o.ÄAN A.dZ«]Nakal benar engkau ini, asyik mencucuk mata orang sahaja.
lonsen[lon.sen]kata kerjapukul atau sebat dengan rotan dan lain-lain.Ayah lonsen si Mamat tu sampai bilai, dah nakal sangat.[A.jAh lon.sen si mA.mAt tu sAm.pAj bi.lAj dAh nA.kAl sA.NAt]Ayah memukul si Mamat itu hingga bilai kerana terlalu nakal.

Kembali ke atas