Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1 dpt melihat: Mereka tidak ~ orang yg mengambil buku itu. 2 dpt dilihat; tampak; kelihatan: Bangunan parlimen ~ dr sini. nampaknya besar kemungkinannya bahawa: ~ mereka akan berjaya lagi pd tahun ini. menam­pakkan menunjukkan supaya dpt di­lihat; memperlihatkan: ~ diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
petaon[p«.tAon]kata kerjamenanam padi.Nampak gaye tak petaon kite taon ni, dah kemarau.[nAm.pA/ gA.j« tA/ p«.tAon ki.t« tAon ni dAh k«.mA.ÄAw]Nampak gaya tidak menanam padilah kita pada tahun ini, sudah kemarau.
ginap bayang[gi.nAp bA.jAN] kelibat.Lame tak nampak ginap bayang, merajok ke?[lA.m« tA/ nAm.pA/ gi.nAp bA.jAN m«.ÄA.dZo/ k«]Lama tidak nampak kelibat, merajuk ke?
kecipai[k«.tSi.pAj]kata adjektiftangkas, cepat.Nampak saje tuboh kecik tapi tangannye kecipai buat keje.[nAm.pA/ sA.dZ« tu.boh k«.tSi/ tA.pi tA.NAn.ø« k«.tSi.pAj Nampak sahaja tubuhnya kecil tetapi tangannya tangkas apabila membuat kerja.
cendeng[tSen.deN]kata adjektifberkenaan wajah atau perilaku orang yang bermasalah.Engkau ni nampak cendeng aje![«N.kAw ni nAm.pA/ tSen.deN A.dZ«]Engkau ini nampak bermasalah sahaja!
nako[nA.k]kata kerjaberbohong.Jangan nak nako, abang nampak Ajak yang ambek bola abang tadi.[dZA.NAn nA/ nA.k A.bAN nAm.pA/ A.dZA/ jAN Am.be/ Jangan hendak berbohong, abang nampak Razak yang mengambil bola abang sebentar tadi.
buyau[bu.jAw]kata adjektifberkenaan perut dan lain-lain yang gelambir.Perotnye nampak buyau, maklumlah anak dah semilan.[p«.Äot.ø« nAm.pA/ bu.jAw mA/.lom.lAh A.nA/ dAh s«.mi.lAn]Perutnya nampak menggelambir, maklumlah anak sudah sembilan orang.
loko[lo.ko]kata namakelihatan tidak sajak memakai pakaian.Budak ni pakai baju mane pon nampak loko.[bu.dA/ ni pA.kAj bA.dZu mA.n« pon nAm.pA/ lo.ko]Budak ini pakai baju mana pun nampak tidak sajak.
bebo[be.bo]kata kerjalari bertempiaran dalam keadaan kelam-kabut kerana ketakutan.Nampak kelibat pulis aje, bebo budak-budak jahat tu.[nAm.pA/ k«.li.bAt pu.lis A.dZ« be.bo bu.dA/.bu.dA/ dZA.hAt tu]Bila nampak sahaja polis, budak-budak jahat itu kelam kabut berlari kerana ketakutan.
darat yan[dA.ÄAt jAn] tanah tinggi sebagai pedoman untuk berlabuh dan lain-lain.Bile nampak darat yan tu kite belok ke kanan sikit.[bi.l« nAm.pA/ dA.ÄAt jAn tu ki.t« be.lo/ k« kA.nAn si.kit]Apabila nampak tanah tinggi itu kita belok ke kanan sedikit.
modo[mo.do]kata adjektifsia-sia, tidak berguna; handa.Modo aje kite ke sane, die tak nampak bayang.[mo.do A.dZ« ki.t« k« sA.n« di.j« tA/ nAm.pA/ bA.jAN]Sia-sia sahaja kita pergi ke sana, dia tidak nampak bayang.
1234

Kembali ke atas