Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nan] | نن

Definisi : Mn 1. yang; 2. kata yg disisipkan utk me­­lengkapkan (menggenapkan) baris sajak dll: hari pagi bunga ~ kembang, bunga yg merah mala dahulu .... (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nan

Puisi
 

Telah masak rambai nan manis,
     Tidak boleh nan muda lagi;
Telah bengkak mata menangis,
     Emak tak dapat bersua lagi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(20)

9

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
padok[pA.do/]kata kerjamenjodohkan.Mak angan-angan nak padokkan die dengan si Timah.[mA/ A.NAn.A.NAn nA/ pA.do/.kAn di.j« d«.NAn si ti.mAh]Emak berangan-angan hendak menjodohkan dia dengan si Timah.
belocah[b«.lo.tSAh]kata kerjabermain air, terutama di lopak.Jangan belocah, nanti basah.[dZA.NAn b«.lo.tSAh nAn.ti bA.sAh]Jangan bermain di lopak, nanti basah.
menang selompat[m«.nAN s«.lom.pAt] terselamat.Mujo menang selompat, kalau tak jatoh kawan.[mu.dZo m«.nAN s«.lom.pAt kA.lAw tA/ dZA.toh kA.wAn]Mujur terselamat, kalau tidak, tentu saya jatuh.
benang ari[b«.nAN A.Äi] waktu subuh.Maseh benang ari lagi, dah kelua menoreh.[mA.seh b«.nAN A.Äi lA.gi dAh k«.lu.wA m«.no.Äeh]Masih waktu subuh lagi, dia sudah keluar pergi menoreh getah.
menangkel[m«.nAN.kel]kata kerjamengelakkan pukulan.Sempat die menangkel, pade hal orang jahat tu numbok die macam kilat.[s«m.pAt di.j« m«.nAN.kel pA.d« hAl o.ÄAN dZA.hAt tu num.bo/ ]Sempat dia mengelak pukulan itu walaupun orang jahat itu menumbuk dia macam kilat.
menanggak[m«.nAN.gA/]kata kerjamenggalas.Dah tak de orang kenele abang menanggak sorang.[dAh tA/.d« o.ÄAN k«.n«.l« A.bAN m«.nAN.gA/ so.ÄAN]Sudah tidak ada orang, kenalah abang menggalas barang itu seorang diri.
bejenang[b«.dZ«.nAN]kata kerjamenegakkan kebenaran dengan bersungguh-sungguh.Nak tunjok die tu tak curik die bejenang tak ngaku kalah.[nA/ tun.dZo/ di.j« tA/ tSu.Äi/ di.j« b«.dZ«.nAN tA/ NA.ku ]Hendak menunjukkan dia itu tidak mencuri, dia bertahan bermati-matian dan tidak mahu mengaku kalah.
penanggah[p«.nAN.gAh]kata namakumpulan tukang masak dan juga yang menolong semasa majlis kenduri kahwin.Biasenye kite beri makan penanggah sebelum orang jemputan datang.[biA.s«.ø« ki.t« b«.Äi mA.kAn p«.nAN.gAh s«.b«.lum o.ÄAN Biasanya kumpulan tukang masak dan petugas majlis kenduri kahwin diberi makan dahulu sebelum ketibaan orang jemputan.
serap[s«.ÄAp]kata adjektifsarat dengan sesuatu.Lengan die tu serap dengan seken.[l«.NAn di.j« tu s«.ÄAp d«.NAn se.ken]Lengannya itu sarat dengan gelang tangan.
bejekbah[be.dZe/.bAh]kata adjektifbanyak, melambak.Kite jangan risau, makanan bejekbah lagi.[ki.t« dZA.NAn Äi.sAw mA.kA.nAn be.dZe/.bAh lA.gi]Kita jangan risau, makanan masih berlambak.
12345678910...

Kembali ke atas